Sunday, November 28, 2010

THARIQAT ABDULLAHIYYAH AL-MAJZUB ASY-SHAFIE 1400 HIJRAH

THARIQAT ABDULLAHIYYAH
AL-MAJZUB ASY-SHAFIE
1400 HIJRAH


MUQADDIMAH


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

الحمدلله رب العالمين. عدد خلقه, وزنة عرشه, ورضاء نفسه, ومداد كلماته
ومنتهى علمه, وجميع ما شاء وخلق وذرأ وبرأ . عالم الغيب والشهادة,
الرحمن الرحيم, القدوس العزيز الحكيم. وأشهد أن لا اله الا الله وحده
لا شريك له, له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو حي لا يموت,بيده
الخير, وهو على كل شيء قدير, واليه المصير. وأشهد أن محمدا عبده
ورسوله, أرسله بالهدى ودين الحق, ليظهره على الدين كله, ولو كره
المشركون.

Segala puji bagi Allah, Tuhan pencipta sekalian alam. Sebilangan makhlukNya, setimbang ArasyNya, sekeridhaan ZatNya, sebanyak tinta kalimatNya, sekemuncak ilmuNya, dan sebanyak semua yang Dia kehendaki dan Dia ciptakan, dan sebanyak yang Dia mencipta dan membentuk, Dia maha mengetahui yang ghaib dan yang terang, maha pengasih dan maha penyayang, Raja segala raja yang disucikan, maha perkasa lagi maha bijaksana.

Dan aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah, yang esa tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan dan kepujian, Dia yang menghidupkan dan mematikan sedang Dia maha hidup tidak mati, di dalam kuasaNya segala kebaikan, dan Dia berkuasa di atas segala sesuatu dan kepadaNya kembali semua perkara.
Dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w itu adalah hambaNya dan utusanNya, diutusNya membawa petunjuk dan agama yang benar supaya diterangkan kepada semua agama walaupun dibenci oleh orang-orang kafir musyirikin.
Kesejahteraan atas hamba-hamba yang dipilihNya dan Dialah yang sebenar-benar yang memuji DiriNya sendiri seperti firmanNya yang maha tinggi:

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢)
(Al-Fatihah: 2 )


Artinya segala puji bagi Aku(Allah) Tuhan sekalian alam. Dia maha suci lagi maha tinggi, ketunggalan dan maha esa. Sesungguhnya Allah Taala memilih sesiapa yang dikehendakiNya sebagai rasul, nabi dan waliNya untuk memimpin manusia kepada jalan makrifatullah yang sebenar.
Firman Allah Ta’ala:

يَخۡتَصُّ بِرَحۡمَتِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ (٧٤)
(Al-Imran:74 )


Artinya Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, Dan Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.
Dan rahmat Allah dan salamNya atas penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w, iaitu penghulu sekalian alam dan segala anbiya’, kekasih Allah dan ialah pintu yang agung menuju kepada hadrat Allah Taala, dan atas segala keluarganya dan atas segala sahabatnya dan atas segala mursid thariqat dan wali-wali agung pewaris yang terdahulunya, dan adalah mereka itu seperti bintang-bintang petunjuk kepada jalan makrifatullah yang sebenar, dan ditangan mereka itulah dikurniakan kunci-kunci perbendaharan Allah yang maha ghaib.

Ketahuilah olehmu bermula segala hati orang yang merdeka itu ialah tempat pertaruhan rahsia Allah. Dan yang dikehendaki dengan merdeka itu iaitu hilangnya (fana) selain Allah (ghairullah) pada hati dan akalnya. Dan yang dikehendaki dengan rahsia Allah itu iaitu tajalli zat (zikir zat) pada akalnya menepati firman Allah Taala:

إِنَّنِىٓ أَنَا ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنَا۟ فَٱعۡبُدۡنِى وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِڪۡرِىٓ (١٤
(Taha: 14 )

Artinya sesungguhnya Akulah Allah tiada tuhan melainkan Aku, oleh itu sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku.
Maka inilah tempat sebenarnya makam al-khatam zikir iaitu zikir ainul-mazkur (zat yang mengzikiri zat), dan telah mendengar ia kalam qadim dengan tiada wasitah, dan tempat kenal Allah dengan Allah dan diberi nama hakkul-yakin dan ialah makam nabi-nabi dan wali-wali agung (adapun makam nabi itu lebih tinggi dari makam wali), dan diberi Allah akan amanah sebagai wakilNya dan pemegang kunci Ismullah-Adzam iaitu ismu zat Allah. Seperti firman Allah Ta’ala:

فَٱذۡكُرُونِىٓ أَذۡكُرۡكُمۡ (١٥٢
(Al-Baqarah: 152 )


Artinya maka ingatlah kamu kepadaKu supaya Aku ingat kepada kamu iaitu supaya Aku nyata akan diriKu kepada kamu.
Maka inilah makam mursid thariqat yang sebenar sebagai pewaris nabi iaitu mewarisi syariat zahir dan syariat batin Nabi s.a.w. dan menjadi pintu atau wasilah kepada Allah, Tuhan pencipta sekalian alam.
Firman Allah Ta’ala:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱبۡتَغُوٓاْ إِلَيۡهِ ٱلۡوَسِيلَةَ وَجَـٰهِدُواْ فِى سَبِيلِهِۦ لَعَلَّڪُمۡ تُفۡلِحُونَ (٣٥
(Al-Maidah: 35 )


Artinya wahai orang beriman bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah iaitu jalan (pintu) yang menyampaikan kamu kepada Allah. Dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh kejayaan.
Maka barangsiapa yang bertemu dan mengenalinya wajiblah baginya talkin zikir kepadanya dan menjadikan ia mursid bagi menuju kepada jalan makrifatullah yang sebenar. Dan barangsiapa yang ingkar dan mendustakannya maka rugilah ia dengan rugi yang amat besar, dan jaga-jagalah! Jangan menjadi musuhnya nescaya menjadilah ia musuh Allah!
Firman Allah Ta’ala:

إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلۡأَبۡتَرُ (٣
(Al-Kautsar: 3 )


Artinya sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu (wahai Muhamad) dialah yang terputus daripada rahmat Allah iaitu terputuslah baginya rantai-rantai kepada makrifatullah. Maka dengan izin Allah barangsiapa yang mengambil akan jalannya dan wasilahnya maka teranglah hatinya dan sirnya dan akan sampailah ia kepada makam al-yakin, dan barangsiapa yang sombong dan ingkar daripada mengambil akan jalannya dan wasilahnya maka akan butalah hatinya dan berjalanlah ia dalam keadaan meraba-raba di dalam kegelapan dan akan terhijablah ia dengan Allah buat selama-lamanya.
Firman Allah Ta’ala:

وَٱتَّبِعۡ سَبِيلَ مَنۡ أَنَابَ إِلَىَّ‌ۚ (١٥
(Lukman: 15 )


Artinya ikutilah akan jalan orang yang kembali (inabah) iaitu jalan orang yang telah sampai kepada Allah dengan Allah, akan makrifat yang sebenar-benarnya lagi sempurna.
Ketahuilah olehmu! Bahawasanya syeikh mursid thariqat itu ialah orang yang sampai ia kepada hadrat nubuwwah (kenabian) dan hadrat rabbaniyyah (ketuhanan), bukanlah hanya dengan salsilah iaitu rantai-rantai yang zahir semata-mata.
Dan aku melihat (tetapi Allah maha mengetahui), ramai ahli thariqat pada zaman ini yang bergantung ia dengan rantai-rantai (salsilah) thariqatnya tetapi mereka itu meraba-raba di dalam kegelapan tanpa bertemu dengan mursid yang sebenar daripada Allah. Demi Allah yang nyawaku berada di dalam tanganNya! Sesungguhnya Sheikh Abdullah r.a adalah mursid yang sebenar pada zaman ini yang memegang kunci Ismullah-Adzam (nama Allah yang agung) dan menjadi pintu kepada hadrat Allah, dan Allah telah kurniakan kepadanya thariqat majzub akhir zaman ini (1400 hijrah). Dan apabila tiada lagi syeikh-syeikh yang wasil dan mursid dalam thariqat-thariqat terdahulu maka terkhatamlah thariqat-thariqat itu dengan thariqat yang baru iaitu thariqat Abdulahiyyah Al Majzub akhir zaman 1400 hijrah. Dan adapun thariqat yang telah sedia ada itu ibarat mati dengan ketiadaan mursid yang sebenar. Wallahu-A’lam

Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Sesungguhnya Allah mengutus pada umat ini di setiap awal 100 tahun seorang (mujaddid) yang akan memperbaharui urusan agama mereka.” (Riwayat Abu Daud)ﺍ ﻨﻘﻮ ﻞ ﻮ ﻜﻴﻞ

Dan Allah adalah saksi atas apa yang kami katakan.


ﻮﻟﻌﻨﺔ
ﺍﻠﻜDan laknat Allah lah atas orang-orang yang berdusta.



Firman Allah Ta’ala:

۞ مَا نَنسَخۡ مِنۡ ءَايَةٍ أَوۡ نُنسِهَا نَأۡتِ بِخَيۡرٍ۬ مِّنۡہَآ أَوۡ مِثۡلِهَآ‌ۗ أَلَمۡ تَعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ (١٠٦
(Al-Baqarah: 106 )


Artinya apa sahaja ayat (kitab-kitab terdahulu) yang kami nasakhkan, atau kami jadikan manusia lupa kepadanya, kami datangkan yang lebih baik atau sebanding dengannya. Tidakkah kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah maha kuasa atas segala sesuatu?

Tetapi rahmat Allah itu amat luas dan limpah kurnianya amat besar, oleh itu janganlah dipagar dan dibataskan akan anugerah Allah itu dengan sesuatupun, maka benarkan akan niat kamu dan moga-moga Allah Taala memberi kami dan kamu petunjukNya kepada jalan makrifatullah yang sebenar.
Ketahuilah olehmu! Bahawasanya ulamak yang beramal dengan ilmunya ialah pewaris kenabian semata-mata dan ada pun mursid thariqat iaitulah wali agung (qutubul-ghaust adzam) ialah pewaris sebenar zahir dan batin kenabian dan ialah khalifah Allah dan pengganti para nabi yang telah mendapat rahsia kenabian dan rahsia ketuhanan.
Firman Allah Ta’ala:

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ (٣٢
(Faathir: 32 )


Artinya kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami.

Maka sebagaimana nabi-nabi menerima pangkatnya langsung daripada Allah dengan tiada wasitah yang baharu maka wali-wali agung ini juga menerima pangkatnya langsung daripada Allah dengan tiada wasitah yang baharu dan mereka diperintahkan oleh Allah untuk mengakui kewaliannya sebagaimana nabi-nabi (rasul-rasul) diperintahkan oleh Allah untuk mengaku kenabiannya.
Firman Allah Ta’ala:

إِنِّى لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٌ۬ (١٠٧
(Asy Syu’araa’: 107 )


Artinya sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan yang diutus kepada kamu.

Maka inilah satu rahsia kebenaran yang sebenar-benar yang diyakini iaitu hakkul-yakin. Dan sesungguhnya bukti kebenaran pengakuan mereka itu disuluh pada Al-Quran dan Al-Hadis, maka yang bercanggah ia maka dusta ia!. Ketahuilah! Bahawasanya sesiapa yang telah mencapai tahap kebenaran yang sebenar-benar itu wajiblah padanya ada bukti pengakuan daripada dirinya sendiri seperti para nabi dan rasul. Maka pengakuan mereka itu adalah satu rahmat Ilahi yang maha agung bagi manusia.
Firman Allah Ta’ala:

أَلَآ إِنَّ أَوۡلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ (٦٢) ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَڪَانُواْ يَتَّقُونَ (٦٣) لَهُمُ ٱلۡبُشۡرَىٰ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ‌ۚ لَا تَبۡدِيلَ لِڪَلِمَـٰتِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ (٦٤)
(Yunus: 62-64 )


Artinya ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat, tidak ada perubahan pada janji-janji Allah, yang demikian itulah kejayaan yang besar.
Firman Allah Ta’ala:

يُبَشِّرُهُمۡ رَبُّهُم بِرَحۡمَةٍ۬ مِّنۡهُ وَرِضۡوَٲنٍ۬ وَجَنَّـٰتٍ۬ لَّهُمۡ فِيہَا نَعِيمٌ۬ مُّقِيمٌ (٢١
(At-Taubah: 21 )


Artinya Tuhan mereka telah menyampaikan berita gembira kepada mereka dengan beroleh rahmat dan keredhaanNya dan syurga yang di dalamnya mereka memperolehi kesenangan yang kekal.
Firman Allah Ta’ala:

وَقَالَ ٱلۡمَلِكُ ٱئۡتُونِى بِهِۦۤ أَسۡتَخۡلِصۡهُ لِنَفۡسِى‌ۖ فَلَمَّا كَلَّمَهُ ۥ قَالَ إِنَّكَ ٱلۡيَوۡمَ لَدَيۡنَا مَكِينٌ أَمِينٌ۬ (٥٤
(Yusuf: 54 )


Artinya dan raja berkata; “bawalah Yusuf kepadaku agar aku memilih dia sebagai orang yang rapat kepadaku!” Maka takkala raja bercakap-cakap dengan dia, Dia berkata; “sesungguhnya kamu mulai hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami”.

Maka inilah kisah nabi Yusuf apabila dia ditujukan dengan perkataan ini melalui lidah raja mesir, pada zahirnya lidah raja itu yang bercakap tetapi sebenarnya adalah Tuhan yang bercakap. Allah berkata-kata melalui lidah ilmu, kepada Nabi Yusuf diberi kerajaan zahir iaitu kerajaan mesir, dan juga kerajaan batin iaitu kerajaan ilmu, kerohanian dan akal fikiran dan kehampiran kepada Allah dan kemuliaan dan ketinggian disisi Allah. (Dan inilah perkataan Syeikh Abdul Kadir Al-Jalaini r.a mengenai pengurniaan pangkat-pangkat ketuhanan yang dikurniakan kepada nabi-nabi dan wali-wali agung dengan tafsiran ayat 54 surah Yusuf).

Maka sesiapa yang mengaku wali itu mestilah ada padanya bukti sifat-sifat terpuji (Al-Mahmudah) seperti taubat dan takwa dan raja’a dan khauf dan zuhud dan tawakkal dan ikhlas dan murah hati dan sabar dan syukur dan redha dan mahabbah dan makrifatullah, dan lisannya sentiasa membesar dan mengesakan Allah setiap masa dan mengikut sunnah Nabi s.a.w pada zahir dan batin.

Dan pada pengikut wali agung itu ada limpahan berkatnya dan nyata perubahan sifat-sifatnya seperti meninggalkan maksiat dan kekal atas taat dan hilang syirik berganti dengan tauhid dan bertukar daripada perangai yang buruk kepada perangai yang terpuji dan dapat ia membezakan antara yang hak dan yang batil dan mendapat himmah yang kuat untuk mengikuti sunnah Nabi s.a.w. zahir dan batin, dan mengenal ia akan dirinya dan akan Tuhannya.

Maka apabila telah zahirlah dan nyatalah bukti-bukti yang tersebut itu ialah wali agung iaitu mursid yang sebenar daripada Allah. Maka wajiblah atas sesiapa yang mengenalinya membenar dan mengikuti akan dia dan berdosalah orang yang mendustakan ia akan dia dan rugi besarlah akan orang yang meninggalkan dia.
Dan adapun bukti mukjizat nabi dan keramat wali itu hanyalah bagi orang-orang yang kurang imannya dan daif yakinnya dan untuk menyatakan bukti kekuasaan Allah Ta’ala semata-mata. Maka barangsiapa yang mencari dan menuntut kekeramatan maka ia tertipu, dan barangsiapa yang mencari dan menuntut yakin dan kebenaran maka ia benar lagi tahkik. Wallahu-A’lam.

Ketahuilah olehmu! Bahawasanya mursid yang menjadi pewaris kenabian itu adalah ia amat nyata beramal dengan syariat zahir dan syariat batin Nabi s.a.w. dan ia adalah nyata lagi benar dalam menzahirkan ketuhanan dan ia adalah jelas dalam menyatakan kebenaran dan tegas dalam menyatakan dan menentang yang batil (dusta) iaitu golongan yang pura-pura dan ahli zindik! Bahawa sesungguhnya kebenaran itu tidak akan diam membisu kerana kebenaran yang diam membisu itu bukanlah satu kebenaran yang sebenar, sesungguhnya kebenaran itu ialah menyatakan yang hak dan menentang kebatilan.
Firman Allah Ta’ala:

وَقُلۡ جَآءَ ٱلۡحَقُّ وَزَهَقَ ٱلۡبَـٰطِلُ‌ۚ إِنَّ ٱلۡبَـٰطِلَ كَانَ زَهُوقً۬ا (٨١
(Al-Israa’: 81 )


Artinya yang hak telah datang, maka hancurlah (lenyap) yang batil, sesungguhnya yang batil itu pasti akan lenyap. Dan apabila datang tauhid maka hilanglah syirik, dan apabila telah datang Allah maka hilanglah selain Allah, dan sesungguhnya selain Allah itu pasti akan binasa.
Firman Allah Ta’ala:

كُلُّ شَىۡءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجۡهَهُ (٨٨
(Al-Qasas: 88 )


Artinya dan tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan zat Allah.

Sabda Nabi s.a.w. artinya apabila zahir segala fitnah dan bida’ah maka hendaklah menzahirkan oleh orang yang alim itu akan ilmunya, maka barangsiapa tiada kerjakan maka atasnya itu laknat Allah.

Ketahuilah wahai orang-orang yang mencari petunjuk kepada jalan makrifatullah yang sebenar, demi Allah! Yakinlah dan jangan kamu syak, Inilah thariqat kurniaan Allah di akhir zaman ini iaitulah Thariqat Syeikh Abdullahiyyah Al-Majzub. Dan bahawa sesungguhnya aku dan saudara-saudaraku telah mendapat limpah berkat daripada thariqat Syeikh Abdullah r.a ini sehingga merdekalah akal kami daripada selain Allah dan mencapai makam hakkul-yakin dengan kurnia dan izin Allah.

Dengan kekeramatannya (Syeikh Abdullah r.a) moga-moga kami dan kamu mendapat limpah berkat dan petunjuk Allah kepada jalan makrifatullah yang sebenar. Maka sebarkanlah akan rahsia Allah ini dan kepada Allah jua kembali segala akuan, dan fahamkan olehmu dengan sebenar-benar faham jika ada engkau mempunyai faham yang suci dan sejahteralah atas orang-orang yang mengikuti petunjuk. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memiliki dan yang menguasai segala-galanya, hanya kepada Engkaulah sahaja tempat kami kembali dan menyerahkan diri, WALA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ’ALIYYIL ADZIM, Wallahu-A’lam.

Dan Allah adalah saksi atas apa yang kami katakan

Dan laknat Allah atas orang-orang yang berdusta

Wednesday, July 30, 2008

SHEIKH MURSYID

Bersama guru ku yang di kasihi sheikh abdullah al majzub r.a...

AL-ARIFBILLAH SYED ALUWI AL IDRUS


bersama-sama dengan cicit Tokku paloh,syed aluwi al idrus(berserban)...

HARTA TERPENDAM

-HARTA TERPENDAM-
THARIQAT ABDULLAHIYAH AL-MAJZUB


Makhluk dan nafsu bagaikan lautan yang bergelora membinasakan para salik yang menuju kepada Allah, Ya Tuhanku! Selamatkan daku daripada lautan yang bergelora itu... (11:21:35; 3 – June-2004)

Ya Allah! Jikalau engkau tidak menghendaki apa yang aku kehendaki, maka sabarkan aku atas apa yang engkau kehendaki. (22:19:33; 20 – June – 2004)

1/2 : Siapa yang suka ia pada dunia maka ia binasa, siapa yang suka ia pada akhirat maka ia terpedaya dan siapa yang suka pada Allah tuhan semesta alam maka telah tahkik ia. (14:54:40; 1 – July – 2004)
2/2 : Tiada tuhan selain Allah.... (14:54:46; 1 – July – 2004)

Puasa hari sabtu (21:24:00; 14 – Oct – 2004)

1/2: “ Celaka hamba dunia dan makhluk, celaka hamba para raja dan penguasa, celaka hamba syaitan dan nafsu! Sejahteralah hamba-hambaKu, sesungguh Akulah Allah, tiada(22:23:54; 16 – Oct – 2004)
2/2 : Tuhan selain Aku!” (22:24:00; 16 – Oct – 2004)

Sabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan jangan sekali-sekali engkau berputus-asa kerana tiada yang wujud hanya Allah.(12:46:52; 22 – Oct – 2004)

Wahai tuhan kami! Bangkitkanlah kami daripada tidur kelalaian kepada kesedaran mengesaMu,daripada kejauhan kepada kedekatan di sisiMu ya Allah! (26:52:24; 26 – Oct – 2004)

Saufi ialah orang yang hatinya hidup hanya dengan Allah, tiada wujud yang lain! (03:21:52; 28 – Oct – 2004)

Siapa yang di sisi Allah tidak tenang dengan selain Allah! (18:52:27; 31 – Oct – 2004)

Wahai hambaKu! Hanyutkan dirimu dalam takdir-takdirKu nescaya engkau akan berhadapan dengan zatKu yang Maha Agung! (21:47:06; 31 – Oct – 2004)

Wahai hambaKu!”Kenalilah dirimu masing-masing,lalu hadapkanlah wajahKu, tuhan pencipta sekalian alam!” (03:53:28; 1 – Nov – 2004)

Kehebatan itu ada pada orang yang hatinya cinta dan rindu kepada Allah(Malam ini malam 1000 bulan)!!! (00:28:03; 11 – Nov – 2004)

Zaman dusta dengan Allah membenar dengan makhluk, hati-hatilah! (11:17:46; 20 – Nov – 2004)

Diamkanlah dirimu di hadapan hayunan pedang takdir ilahi, biarpun jasadmu terbelah oleh ketajamannya dan biarpun hatimu tembus dan luka berdarah! (06:30:27; 17 – Nov – 2004)

Jarang orang dapat tegak dalam agama bila diuji dengan nikmat kecuali orang yang dekat dengan Allah. (21:10:39; 19 – Nov – 2004)

1/3 : Tolong tuliskan, moga-moga memberi manfaat untukmu.... inilah kitab yang bernama “ Harta Tependam”. Bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan (16:22:24; 20 – Nov – 2004)

2/3 :manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan tuhanmulah yang paling pemurah, yang mengajar(manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak (16:22:32; 20 – Nov – 2004)

3/3 : diketahuinya. Al’Alaq 1-5. .....Bsamb.... (16:22:39; 20 – Nov – 2004)

Celakalah bagi perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang! Tolong tulis pada kereta insyaAllah ditolongi Allah. (13:49:36; 26 – Nov – 2004)

Hari ini aku telah dimabukkan dalam mensucikan syariat Muhammadiyah,nubuwwah telah ternyata dan lidah Tuhan telah berkata.Maka tunduklah hati-hati yang telah dis (20:54:22; 27 – Nov – 2004)
imbahi nur ilahi.... .... (20:54:28; 27 – Nov – 2004)

Janganlah engkau hiraukan makhluk kerana mereka tidak ada daya dan upaya! .... (16:59:18; 28 – Nov – 2004)

Zaman ini manusia meninggalkan sunnahku dan membuang ajaranku,barangsiapa mengikuti zahirku dan batinku pada waktu ini dia adalah para sahabatku. .... (10:32:54; 30 – Nov – 2004)

Ya Ilahi! Semalam aku hilang kecintaanMu,kini tidak ku ingin lagi syurgaMu,dan tidak ku hirau lagi nerakaMu,hanya yang sering menakutkan aku berpisah denganMu... .... (23:54:50; 30 – Nov – 2004)

1/2 Ya Ilahi! Hidup ini tiada guna tanpa gila kepadaMu, Hidup ini hilang indahnya tanpa melihatMu, hidup ini kosong dan sepi tanpa bertemu dan berbicara denganMu.Oh (00:54:19; 02 – Dec – 2004)

2/2 Tuhan! Oh Tuhan aku tidak sabar lagi keseorangan tanpaMu dibumi yang fana ini... (00:54:26; 02 – Dec – 2004)

Butakanlah mata dan hatimu daripada melihat makhluk maka itulah jalan menuju kerajaan Tuhan sekalian alam. (00:35:46; 03 – Dec – 2004)

Selesaikan hatimu daripada segala sesuatu selain Allah nescaya engkau akan sampai kepada Allah. (15:51:22; 09 – Dec – 2004)

1/3 Bebaskan dirimu wahai insan, pergilah kepada Tuhan, jangan berpaling ke belakang, berhadaplah ke hadapan, tidak ada apa-apa di belakang, selain dari Tuhan. Janganlah kamu bim (15:08:42; 11 – Dec – 2004)

2/3 bang dengan bayang-bayang, kerana ia tempat penzahiran Tuhan. Barang ke mana kamu berhadap... di sanalah wajah Allah... Dialah Tuhan pencipta sekalian alam (Syeikh Abdullah ghutub-zaman) (15:08:54; 11 – Dec – 2004)

1/2 Wahai Tuhan Yang Maha menyempurnakan kejadian kami, siapkan kami untuk mengesaMu, untuk cintaMu, untuk redhaMu, untuk menjadi taulanMu, untuk menjadi penolongMu dan nabiMu dan s (17:22:13; 13 – Dec – 2004)

2/2 iapkan kami menjadi benteng-benteng musuhMu...Ya Allahhhh.... (17:22:15; 13 – Dec – 2004)

Dengan izin Allah,binasakan selain Allah difikiranmu nescaya engkau dapat kekal dengan Allah (18:14:25; 15 – Dec – 2004)

Wahai Tuhanku,siapalah aku di sisiMu,tubuhku tidak seteguh langitMu,kakiku tidak sekuat bumiMu,namun wahai Tuhanku engkaulah milikku selama-selama... (00:39:56; 16 – Dec – 2004)

1/3 Tolong salin untuk anak cucu.... inilah kitab anugerah Tuhan,pencipta sekalian Alam yang bernama ’Harta Terpendam’(kanz)....Aku bersama dengan sesuatu tetapi se (13:24:16; 17 – Dec – 2004)

2/3 suatu tiada bersamaku,aku berada disisi Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Kuasa....Muqaddimah....”Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.Dia menciptakan manu (13:24:24; 17 – Dec – 2004)

3/3 sia dari segumpal darah.Bacalah,dan Tuhanmulah yang paling pemurah yang mengajar(manusia)dengan perantaraan kalam.Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak...bsg (13:24:31; 17 – Dec – 2004)

1/3 Zaman ini kita berada dibawah kemurkaan Tuhan,kecuali kita mendapat rahmat dan ampunan Allah.Maksiat terlalu banyak taat amat sedikit,syirik mengatasi tau (02:14:20; 22 – Dec – 2004)

2/3 hid,kemunafikan bermaharajalela,pendustaan merata-rata,lelaki menjadi zalim,perempuan hilang malu dan harga diri,zina kemaluan dan zina mata berleluasan,orang (02:14:24; 22 – Dec – 2004)

3/3 jahil dalam kegelapan,orang berilmu terpengaruh dengan keduniaan,jarang yang menghayati akhirat dan amat jarang merasa lazat dengan Allah,inilah fitnah akhir zaman... (02:14:28; 22 – Dec – 2004)

Awasilah tipudaya nafsu yang sentiasa ingin menjauhkan keakhiratan dan Tuhan! (15:05:41; 24 – Dec – 2004)

1/3 Islam hanyalah tinggal namanya sahaja,Al-Quran hanyalah tinggal huruf-hurufnya sahaja,jarang orang yang benar-benar menghayati amal akhirat dan amat jarang orang yang dapat (07:20:26; 25 – Dec – 2004)

2/3 merasakan kelazatan dan kecintaan dengan Allah,Tuhan pencipta sekalian alam.Inilah fitnah diakhir zaman,maka tunggulah “perang” dari tuhan Maha Raja yang (07:20:33; 25 – Dec – 2004)

3/3 Maha Perkasa! (07:20:39; 25 – Dec – 2004)

Keesokan harinya 26 Dec 2004 berlaku gempa bumi di utara Sumatera pada pukul 7.04 pagi menyebabkan kematian yang ramai(melebihi 300,000 orang) di Indonesia(250,000), Sri Lanka(30029), India(14000), Thailand(6000),Somalia (200) Burma(36),Maldives(75), Malaysia(68), Kenya (1) dan bangladesh(2) akibat ombak besar (Tsunami).


1/2 Dunia baginya bagaikan lingkaran cincin.Dunia tidak menguasainya.Demikian pula akhirat,tidak mengikatnya.Tidak ada seorang raja pun yang menguasainya.Apa lagi rakyat (19:58:43; 27 – Dec – 2004)

2/2 jelata.Tiada ada tabir yang menutupinya. (19:58:46; 27 – Dec – 2004)
Hati-hatilah dengan tipudaya dunia,kerana dia akan mengeruhkan kejernihan hatimu dengan Allah... (00:34:14; 4 – Jan – 2005)

Azab malapetaka Tuhan adalah iman bagi orang yang beriman dan kekufuran bagi orang yang kufur! Maka bangkitlah untuk membenarkan keimananmu kepada Tuhan pencipta alam.... (00:35:20; 12 – Jan – 2005)

Harapanmu untuk mendapat syurga menghalangmu dari sampai kepada Allah.Harapan itu hendaklah dimatikan dan digantikan dengan harapan untuk bersatu dengan Allah.... (10:21:56; 17 – Jan – 2005)

Seorang Syeikh itu perlu dikasih,dihormati,dipatuhi dan diteladani juga diyakini,serahkan apa yang tidak kita faham kepada Tuhan yang Maha Mengetahui.... (22:03:53; 17 – Jan – 2005)

Bukanlah org yang benar itu orang yang tidak melakukan kesalahan,melainkan dengan kesalahan itu menjadi alat jalan untuk membaiki dirinya.... (13:59:39; 19 – Jan – 2005)

1/2 Hari Raya Qurban iaitu hari kesukaan si arif setelah melihat Tuhannya di dalam Kaabah hatinya,maka dikorbankan jasad dan rohnya dan seluruh kun alam semesta (20:36:28; 20 – Jan – 2005)

2/2 lalu hidupnya disisi zat Maha Agung.... (20:36:35; 20 – Jan – 2005)

1/2 Ya ALLAH! Janganlah Engkau kenakan bala kemurkaanMu ke atas kami disebabkan dosa-dosa kami dan dosa mereka, Ya ALLAH! Dan selesaikanlah urusan-urusan kami dengan keridh (01:21:20; 24 – Jan – 2005)

2/2 aanMu,sesungguhnya Engkaulah penguasa sekalian alam. (01:21:25; 24 – Jan – 2005)

Terima Kasih. Moga-moga ALLAH memberi kelapangan hati kepadamu... (17:44:19; 31 – Jan – 2005)

1/2 Apabila manusia tidak peduli akan batasKU, hawa nafsu menjadi tuhan mereka, perempuan-perempuan hilang harga diri, lelaki jadi dayus, agama tinggal puisi dan sajak, d (16:46:37; 7 – Feb – 2005)

2/2 unia jadi matlamat hidup maka tunggulah saat kebinasaan dan kemurkaanKU dan azabKU amat dasyat. (16:46:44; 7 – Feb – 2005)

Seseorang itu bersama siapa yang dicintainya,cinta ilahi cinta hakiki.... (18:25:55; 10 – Feb – 2005)

1/2 Ya tuhanku! Seandainya dunia ini menjarakkan aku denganMU maka kau jauhkan aku dari dunia dan seandainya angan-anganku ini terpisah dariMU maka Kau hancurkan anganku (23:37:05;11 – Feb – 2005)

2/2 wahai tuhan penguasaku,lihatlah aku sebagaimana aku ingin melihatMU... (23:37:11;11 – Feb – 2005)

Setujuilah keinginan-keinginan siapa yang kau cintai,itulah cinta hakiki,cinta ilahi.... (12:21:00;15 – Feb – 2005)

Orang yang mati dan dihidupkan kembali maka dikurniakan hidup dengan ALLAH amat jarang ditemui. Moga-moga DIA menemukan kita dengan ‘Hayatan-Thayibbah’.... (23:34:54;22 – Feb – 2005)

Tiada penahan terhadap kurniaNYA, dan tiada pengubah terhadap keputusanNYA.... (21:21:00;02 – Mar – 2005)

Apabila telah sempurna makrifatnya, tidak ada lagi apa yang wujud baginya selain wujud ALLAH yang Maha Agung.... (21:14:27;09 – Mar – 2005)

Berjalanlah mengikut takdir-takdirKU, tiada siapa yang dapat mengubah dan menolaknya walaupun nabi yang mursalin atau malaikat yang hampir denganKU sekalipun! (14:32:14;13 – Mar – 2005)

½ Barangsiapa yang mengantungkan dirinya atau harapannya kepada selain ALLAH, maka dia adalah terhina dan tersia-sia, terkeluar dari batas perhambaan, sebab batas perhambaan (20:15:46;15 – Mar – 2005)

½ Wahai tuhanku! Jika bersinar mata ahli dunia mereka,maka sinarkanlah mataku dengan zatMU?sinarkanlah mataku dengan kelazatan kemesraan denganMU serta ri (02:41:52;18 – Mar – 2005)

2/2 ndu dendam kepada pertemuan denganMU... (02:41:58;18 – Mar – 2005)
Hati-hatilah daripada kasih kepada dunia dan angan-angan kepadanya, ia menjadi penyebab terhakisnya kemesraan dan keyakinan hatimu kepada ALLAH kekasihmu... (18:27:38;25 – Mar – 2005)

Wahai sahabatku!Aku baca kisah Abu Yazid mengislamkan satu gereja paderi,lalu aku tersebak-sebak dan kurasai seekor anjing lebih bernilai daripadaku... (17:37:50;27 – Mar – 2005)

Barangsiapa menjaga hukum-hukum agamaKU nescaya AKU akan menjaga hubungannya denganKU,dan barangsiapa yang AKU hubungkan tiada lagi tuntutan baginya... (14:10:41;07 – Apr – 2005)

Sesungguhnya umatku pada zaman ini ramai yang telah keluar(murtaq) daripada islam! (00:23:48;08 – Apr – 2005)

Dan kepada Tuhanmulah hendaklah engkau pusatkan kemahuanmu!... (15:35:25;14 – Apr – 2005)

½ Apabila diuji oleh tuhanMU DIA melepas tanganNYA maka terhoyong-hayanglah kita tiada haluan tersesat jalan, berpaling dari Tuhan berhadap makhluk, hina dan t (10:48:40;16 – Apr – 2005)

2/2 erhalau...oh Tuhan! tolonglah (10:48:46;16 – Apr – 2005)

Ya Tuhanku!bukanlah dunia yang aku cita-citakan,dan bukanlah akhirat yang aku idam-idamkan,hanyalah engkau zat yg maha agung menjadi satu-satunya keinginan abadiku.... (09:41:55;21 – Apr – 2005)

½ DIAlah Tuhan yang hatiku sangat mencintaiNYA,fikiranku mengingini kehampiranNYA,kiranya DIA terlindung kepadaku sekelip mata, niscaya aku akan hancur-luluhlah (14:01:30;24 – Apr – 2005)

Lihat apa saja tanpa adaNYA, maka nyatalah wujud ALLAH,tuhan seru sekalian alam... (00:01:26;01 – May – 2005)

½ Siapa yang rindu ingin bertemuKU, maka AKU pun rindu ingin bertemu dengannya.Dan siapa yang benci bertemuKU,maka AKU pun benci bertemu dengannya dan AKU biarkan dia (23:49:21;01 – May – 2005)

2/2 terus melupaiKU... (23:49:27;01 – May – 2005)

AKU tidak sekali-kali melupai siapa yang melupaiKU , Apakah AKU akan melupai siapa yang mengingatiKU? walaupun dengan ingatan yang sedikit ! (11:51:27;05 – May – 2005)

Sheikh Abdullah adalah wakil Tuhan, Wakil Nabi dan Wali Agung dibumi zaman ini! Jangan kamu syak dan ragu-ragu lagi! Ini adalah anugerah ALLAH! (14:12:15;05 – May – 2005)

Jaga-jaga! Kasih kepada dunia punca segala dosa! (15:54:16;25 – May – 2005)

Tidak sempurna iman seseorang dari kamu,sehingga hawa nafsunya tunduk menurut hukum ALLAH! (18:47:23;27 – May – 2005)

FITNAH AKHIR ZAMAN!!!

FITNAH AKHIR ZAMAN
“DENGAN NAMA ALLAH YANG AMAT PEMURAH LAGI AMAT PENGASIH”
“AKU TELAH MENYAKINI,BAHAWA SESUNGGUHNYA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU ADALAH PESURUH ALLAH”

WAHAI ORANG ISLAM!
KEMBALILAH KEPADA ALLAH,TUHAN SEKALIAN ALAM DENGAN TAUBAT YANG BENAR.BERSIHKANLAH TUBUHMU DARIPADA DOSA DAN SIA-SIA.SUCIKANLAH HATIMU DARIPADA SEGALA AIB-CELA DAN NAJIS-NAJIS SYIRIK.MAKA SUJUDLAH DIHADAPAN TUHANMU DENGAN HINA DAN KEFAKIRAN,DAN TANGISILAH DIRIMU SEBAB ENGKAU MASIH TERHALANG DARI TAUFIK DAN KEBENARAN.MOGA-MOGA ALLAH BERKENAN MENGHULURKAN TANGAN RAHMATNYA KEPADAMU DAN MEMIMPIN TANGANMU KEPADA JALAN YANG BENAR.
DEMI TUHAN YANG NYAWAKU DIDALAM TANGANNYA! SESUNGGUHNYA ZAMAN INI KITA BERADA DI BAWAH LANGIT DAN BUMI KEMURKAAN TUHAN,TERKECUALI KITA MENDAPAT RAHMAT DAN KEAMPUNAN ALLAH.PADA HARI INI SYIRIK TELAH MENGUASAI TAUHID,MAKSIAT TERLALU BANYAK DAN TAAT HANYA SEDIKIT,KEMUNAFIKKAN BERMAHARAJALELA,PENDUSTAAN DAN BIDA’AH AGAMA MERATA-RATA.KEJUJURAN DAN IKHLAS SUDAH TIADA,ORANG YANG BENAR-BENAR TAKUT KEPADA ALLAH HANYA SATU DALAM BERIBU-RIBU,AMANAH ALLAH TELAH DI KHIANATI DAN IBADAT SUDAH TIDAK DIPEDULIKAN LAGI.URUSAN DUNIAWI DIPANDANG TINGGI DAN AKHIRAT TERUS DILUPAI.MUFTI DAN KADI-KADI MABUK DENGAN GAJI YANG MENJADI TUHAN-TUHAN DUNIAWI.IMAM DAN BILAL SUDAH DI IKAT DENGAN WANG MAKA HILANGLAH TAKUT KEPADA ALLAH BERTUKAR BIMBANG DAN TAKUT KEPADA MAKHLUK.
PEREMPUAN-PEREMPUAN DI ZAMAN INI HILANG MALU DAN HARGA DIRI.PEREMPUAN-PEREMPUAN BERPAKAIAN TETAPI BERTELANJANG,MEREKA TIDAK LAGI TAKUT KEPADA AZAB(LAKNAT) ALLAH!DAN TERCETUSLAH NAFSU LELAKI MENJADI BUAS DAN ZALIM.MAKA ROGOL DAN PEMBUNUHAN TIDAK DAPAT DIBENDUNG LAGI,PENZINAAN DAN ZINA MATA MENJADI KEBIASAAN,MINUMAN ARAK MENJADI KEGEMARAN,JUDI DAN RIBA MENJADI KEMEGAHAN.LELAKI MENJADI PEREMPUAN DAN PEREMPUAN MENJADI LELAKI.DADAH DAN HIBURAN MENJADI PEMUJAAN,MAJALAH MENDEDAH TUBUH WANITA BEBAS DIJUAL DIMERATA TEMPAT DAN HASIL JUALANNYA DIBERI MAKAN KEPADA ANAK-ISTERI.TEMPAT-TEMPAT PENGINAPAN YANG SULIT,RUMAH-RUMAH RAHSIA GELAP,FILEM-FILEM YANG LUCAH,BAR DAN DISCO MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT DAN PEMBELAAN.TV DAN AKHBAR MENJADI RUJUKAN DAN KITAB-KITAB MEREKA.RUMAH-RUMAH KEDIAMAN MEREKA TELAH MENJADI PANGGUNG-PANGGUNG WAYANG.ALIM-ULAMAK TIDAK BERANI MEMBERI FATWA MENGENAI TV DAN FILEM-FILEM YANG BERCANGGAH DENGAN HUKUM SYARAK KERANA HENDAK MENJAGA HATI ORANG RAMAI.
MASJID DAN SURAU TIDAK LAGI MENJADI TEMPAT MENDEKATI DIRI KEPADA TUHAN TETAPI MENJADI TEMPAT PEREBUTAN PANGKAT DAN KEMASYHURAN.PERMAINAN DAN PEKERJAAN MENJADI LEBIH UTAMA DARIPADA IBADAT,SOLAT DAN PUASA SUDAH MENJADI ADAT BUKAN LAGI IBADAT.AKHLAK MEREKA SEMAKIN ROSAK.SEGALA YANG MEREKA HENDAK BUAT SEMUANYA BOLEH BELAKA TIDAK SIAPA YANG BERANI MENYEKAT ATAU MENGATAKAN HARAM DAN HALAL.RAJA DAN PENGUASA SUDAH TIDAK PEDULI KEPADA AMANAH ALLAH,PEJABAT AGAMA SUDAH MENJADI TOPENG DAN BONEKA PARA PENGUASA NEGERI.POLIS DAN TENTERA MENJADI ALAT KEPADA PEMERINTAH YANG ZALIM,YANG TIDAK MENGIKUT PETUNJUK AGAMA.MASJIS-MASJID HANYA TINGGAL JASAD-JASAD YANG HATI MEREKA TIADA TAQWA,DAN KETIKA ITU YANG PALING JAHAT IALAH ORANG ALIM,DARIPADANYA DATANG FITNAH DAN KEPADANYA KEMBALI FITNAH ITU.MIMBAR-MIMBAR MASJID SUDAH DICEMARI OLEH DAKI-DAKI DUNIA DAN DEBU-DEBU SYIRIK,AL-QURAN TELAH DIPENJARAKAN DIDALAM MASJID-MASJID.
PADA HARI INI RAMAI ORANG FASIH LIDAHNYA TETAPI BUTA HATINYA.ORANG YANG JALIL DENGAN ISLAM TERUS DALAM KEJAHILAN,TIDAK MAHU BELAJAR AGAMA DAN MEMBAIKI DIRI.ORANG YANG BERILMU TERPENGARUH DENGAN KEDUNIAAN DAN HATI MEREKA TELAH MENJADI BUTA,MENJADI ALAT KEPADA MAKHLUK DAN BERPALING DARIPADA TUHAN!ALIM-ULAMAK DIAM MEMBISU MASING-MASING MENJAGA KEPENTINGAN DIRI TAKUT HILANG GAJI DAN PENCEN.ALIM DUSTA SEMAKIN RAMAI YANG MENJADI LIDAH-LIDAH KEBATILAN,BAGAIKAN LALAT YANG BEREBUT-REBUT MENGHINGGAPI NAJIS YANG BUSUK DAN AKHIRNYA TERTIMBUS DIDALAM NAJIS ITU.ORANG ALIM DIAKHIR ZAMAN,AGAMA DIJADIKAN ALAT CARI MAKAN DAN YANG PALING JAHAT MENJADI ALAT MELAWAN TUHAN,MEREKA SEPERTI LEMBU-LEMBU YANG DICUCUK HIDUNGNYA DENGAN TALI DAN DITARIK SESUKA HATI!PAKAIAN SUNNAH NABI MENJADI DAGANG DALAM NEGERI SENDIRI,DAN ALIM-ULAMAK MODEN LEBIH KASIH MENIRU PAKAIAN BARAT YANG MENJADI MUSUH KEPADA ISLAM.GOLONGAN YANG BERJUANG ISLAM PUN MASIH TAKUT DAN BIMBANG KERANA MEREKA BERGANTUNG REZEKI PADA TANGAN MAKHLUK,DAN TIDAK YAKIN REZEKI DALAM TANGAN TUHAN!DAN MENYEBABKAN FATWA AGAMANYA MENJADI LONGGAR DAN BERBALIK-BALIK DITIPU NAFSU DIRI KERANA TAKUT TERLUCUT HABUAN DUNIA DARI TANGAN!RAHSIA ZIKIR NAFI-ISBAT(ZIKIR KUAT)SUDAH TIDAK DIFAHAMI OLEH ULAMAK AKHIR ZAMAN KERANA DUNIA TELAH BERTAKHTA DALAM HATINYA DAN TIADA SIFAT MERENDAH DIRI.GOLONGAN THARIKAT TERUMBANG-AMBING TANPA NASIHAT DAN PIMPINAN MURSYID YANG BENAR DARI TUHAN.MURSYID YANG BENAR ADA TETAPI SUKAR DIKENALI,DAN DITUDUNG PULA OLEH ALIM-ULAMAK DUNIA YANG BIMBANG PENGARUHNYA AKAN HILANG.JALAN TASAUF SEDIKIT PENGIKUT TETAPI BANYAK FITNAH,ORANG YANG BERJALAN PUN JARANG YANG SAMPAI.YANG BENAR ADA TETAPI AMATLAH JARANG,MENJADI MUSUH KEPADA ULAMAK YANG TERHIJAB DENGAN TUHAN.JAGA-JAGA!AHLI TASAUF TIRUAN RAMAI TETAPI KEBANYAKKAN MENGAMBIL KESEMPATAN DUIT DAN PEREMPUAN,MERABA-RABA HAL KETUHANAN DIDALAM GELAP TANPA HIDAYAH DARIPADA TUHAN DAN AKHIRNYA TERGELINCIR KAKI DAN TERSESATLAH JALAN.
IMAN SEMAKIN MENIPIS,JANJI TUHAN MENJADI KERAGUAN DIDALAM DIRI DAN BALA DARI TUHAN TIDAK DIPEDULI LAGI.CINTA DUNIA,CINTA HARTA BENDA,CINTA PANGKAT DAN CINTA KEBESARAN DAN LUPA MATI TELAH MELANDA MASYARAKAT.TAMAK,DENGKI,IRIHATI,FITNAH,KHIANAT,MEGAH,SOMBONG,LUPA DIRI DAN LUPA TUHAN TELAH MENJADI SEPERTI KUMAN-KUMAN YANG TELAH MEREBAK DIKOTA DAN DI DESA.SUAMI-SUAMI MENJADI DAYUS DAN TIDAK MENDIDIK ANAK-ANAK DAN ISTERI KEPADA JALAN TAQWA.ISTERI-ISTERI MENJADI JARI TELUNJUK DALAM RUMAH TANGGA DAN RAMAI ISTERI YANG DERHAKA KEPADA SUAMI.ORANG TUA TIDAK LAGI MENGASIHI GOLONGAN MUDA DAN GOLONGAN MUDA TIDAK LAGI MENGHORMATI ORANG TUA.DAN TUGAS NASIHAT-MENASIHATI SUDAH TIDAK DIAMAK\LKAN LAGI.JALAN DUNIA DIPERLUASKAN DAN RAMAI TEMAN-TAULAN,JALAN AKHIRAT DISEMPITKAN,DIKAMBUS DAN TIADA TEMAN-TAULAN.
SEMUA BERADA DI ATAS JALAN MENAIKI KENDERAAN SATU CITA-CITA SATU TUJUAN, MENCARI KEPENTINGAN DUNIA DAN KEBENDAAN,INILAH KEBANYAKKAN ORANG DIAKHIR ZAMAN.DUSTA,TIPU DAN BELIT MENJADI MAINAN ASALKAN MENDAPAT WANG.MEREKA TIDAK LAGI TAKUT KEPADA AZAB TUHAN.HUKUM-HAKAM TUHAN DIKETEPIKAN,ORANG YANG BENAR DIHINA DAN DICELA,ORANG YANG DUSTA DIPUJI-PUJA.BENAR DAN SALAH TIDAK DAPAT DIBEZA LAGI KERANA TELAH BUTA MATA DIDALAM DADA.INILAH TANDA ORANG YANG DUSTA DALAM IMAN!MANUSIA RAMAI YANG MENJADI HAIWAN HIDUP MAKAN-MINUM SIANG DAN MALAM.HAWA NAFSU MENJADI TUHAN,IMAN TELAH TERCABUT DAN AKAL NURANI SUDAH PADAM DAN MENJADI ROSAK.PEMUDA-PEMUDA TIDAK SAYANGKAN NYAWANYA,BERLUMBA-LUMBA MOTOSIKAL DAN KERETA DI TENGAH JALAN-RAYA SEPERTI DIRASUK OLEH SYAITAN!MUDA-MUDI BEBAS BERKELIARAN MEMUASKAN NAFSU SYAHWAT KEBINATANGAN.WANITA ZAMAN INI TIDAK PEDULI LAGI BATAS-BATAS AURAT DAN PERGAULAN.MEREKA MENJADI SENJATA-SENJATA SYAITAN BERPAKAIAN SEPERTI PELACUR BERMEGAH-MEGAH DIJALANAN DAN DITEMPAT MEMBELI-BELAH.ANAK-ANAK RAMAI YANG DERHAKA KEPADA IBU-BAPA DAN IBU-BAPA PUN RAMAI YANG DERHAKAN KEPADA ALLAH DAN RASUL.
NASIHAT BENAR TIDAK DIDENGARI DAN AMARAN LANGIT TIDAK DIPEDULI LAGI.BATAS-BATAS ISLAM SUDAH PECAH DAN BANJIR KEKUFURAN MELANDA NEGERI!(ALLAH!ALLAH!ALLAH!).AJARAN NABI BANYAK YANG SUDAH DIBUANG DAN DITAMBAHI,SUNNAH NABI TELAH DITINGGALKAN.TUHAN HANYALAH TINGGAL NAMANYA SAHAJA.BUKAN LAGI YANG DIPUJA,YANG SEMBAHI DAN YANG DITAATI!ROH IMANNYA TELAH MATI DAN HANYA JASAD YANG MENUNGGU MAUT.ISLAM HANYA TINGGAL NAMANYA SAHAJA,AL-QURAN HANYA TINGGAL HURUF-HURUFNYA SAHAJA.ZAMAN INI RAMAI MANUSIA TELAH BERPALING DARIPADA ALLAH DAN BERHADAP KEPADA MAKHLUK!HANYA SEDIKIT ORANG YANG HATINYA RINDU KEPADA ALLAH.MEREKA MENYEMBAH ALLAH TETAPI TIDAK BERUSAHA MENGENAL ALLAH.ALANGKAH MARAHNYA ALLAH!TIDAKKAH MEREKA TAHU BAHAWA ALLAH SAHAJA YANG WUJUD DIDALAM ALAM INI!MANUSIA ZAMAN INI RAMAI YANG TIDAK SYUKUR DENGAN NIKMAT ALLAH,REZEKI YANG ALLAH KURNIAKAN MEREKA ANGGAP DARI USAHA MEREKA SENDIRI DAN DARI CERDIK-PANDAI MEREKA.BARANGSIAPA YANG TIDAK TURUT PERINTAH ALLAH,TIDAK SYUKUR DENGAN NIKMAT ALLAH DAN TIDAK REDHA BARANG YANG ALLAH TAKDIRKAN KEPADANYA,MAKA CARILAH TUHAN YANG LAIN DARIPADA ALLAH DAN JANGANLAH LAGI DUDUK DIDALAM DUNIA ALLAH INI!
WAHAI ORANG ISLAM YANG MASIH HIDUP HATINYA! SEBARKANLAH, TIUPKANLAH DAN NYALAKANLAH SEMULA ROH ‘JIHAD’ DIDALAM DIRIMU.INSYAALLAH ISLAM AKAN BERSINAR KEMBALI.INILAH FITNAH DIAKHIR ZAMAN.MAKA TUNGGULAH! TUNGGULAH! ‘PERANG’ DARI TUHAN MAHARAJA MARA PERKASA! FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD: “WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN!JANGANLAH KAMU MENGKHIANATI TERHADAP ALLAH DAN RASUL.DAN JANGAN PULA KHIANAT TERHADAP BARANG YANG DIAMANAHKAN KEPADA KAMU SEDANG KAMU MENGETAHUI” DAN MOGA-MOGA KAMI DAN KAMU DISELAMATKAN OLEH ALLAH DARIPADA KESESATAN…AMIN..

..WALLAHU-A’LAM..

Tuesday, July 8, 2008